HLMT Serah Zakat
Dated 24-02-2014
SHAH ALAM, 24 Februari 2014 – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) berjumlah RM41,949.66 bertempat di ibu pejabat LZS di sini. Cek zakat perniagaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLMT, Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.
Untuk makluman, pada tahun 2013 LZS telah mengutip zakat perniagaan berjumlah RM93 juta.
Turut hadir dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.